DAFTAR SKOR | SPKK
KENAPA SETIAP KONTRAKTOR PERLUKAN SCORE & SPKK❓
Bagi syarikat berkaitan Kerajaan, berkuatkuasa pada 15 hb Oktober 2012, Kerajaan telah melaksanakan Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor. Sehubungan dengan itu, semua Lesen Kontraktor yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) adalah terbatal dan diganti dengan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Walau bagaimana pun, Sijil Taraf Bumiputera bagi mengenalpasti status bumiputera masih kekal dibawah kawalan dan seliaan PKK.
Dengan pelaksanaan Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor, semua agensi pelaksana yang terlibat dengan urusan berkaitan perolehan, dikehendaki untuk memastikan kaedah pemilihan dan perlantikan kontraktor dibuat mengikut Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor.
Selain itu, syarikat juga perlu memiliki penarafan SCORE dengan minima pencapaian 2 bintang. SCORE adalah penilaian oleh pihak CIDB terhadap sesebuah syarikat untuk menilai dari segala aspek kewangan, projek, pengurusan, amalan terbaik.
Sekiranya SCORE anda tidak lepas, maka anda tidak dapat memohon lesen SPKK.